"segulung impian, sedang dikejar."


pho / huephoric / que
Chicken Pox HALAMAKKK
Oct 21, 2016
common questions lah kens back after kau dah fully recover;-

"cane boley kena?"
"sakit tak?"
"cemane rasa kena ni weh?"
"ibu dia yang mana satu?"
"ada tinggal parut tak?"
"nak tengok, mana mana manaaaa" (selak baju kain aku) -.-
....pastu mula la saling soal menyoal sesama rakan lain dah kena ke belom dah kena ke tak. siapa yang kena waktu baby atau kekecik dulu teramatlah BERUNTUNG ha sbb pe? sebab,
lagi besar umur kau kena chicken pox, LAGI SEKSA. ha padan muka ko.

boley bayang tak mak pak budak yang baru 1st time kena cikenpop ni uish. maunya tak menghoyan. tunggang lenggang rumah oi. cane nak masak ngan cikenpop letopletop tu? ayokk :P

MEH NAK CHEGHITA PENGALAMAN HAKU 

time tengah makan the other day aku macam terasa gatal. bila gatal buat pe? ha ye la rasa nak garu la kan. tetibe tersentuh blakang peha aku. macam rasa sesuatu. (nebes kot waktu tu) dehek apeni woi. sentuh slow-slow, peh. dalam otak tak lain tak bukan dah pikir satu bende tu je............ "wei aku kena chicken pox! aaaaa" -menghoyan terox aku kt adik.

patut ah few days before tu kepala hotak aku tak benti berdenyut. headache terox (tapi still stable la) aku pon pelik sebab aku jarang sesangat sakit kepala sampai beberapa hari kot! aku dah pikir dah takkan aku ada migrain kot? RUPANYA SIMPTOM GEJALA BIPOP ugh. sungguh menyayat hati betul waktu tu. stress. habisla muka aku. habis la parut. habislah pembelajaran aku kt skolah. habislah kena mintak mc. habisla kena bahan terox ti. habisla habis habis!! dalam peningpening tu jugak aku adagak rasa cam nak termuntah kadangkadang.

bila aku dah officially jadi bipop tu, bermulalah harihari mendatang ku dengan 'jerawat ketulketul' yang non stop merebak dgn gopohnya. dia naik kat THE WHOLE BODY PARTS; kaki, tangan, belakang badan, depan badan, face and even dekat your private parts! wat de hek. seriously rimas nak matey sebab diorang ni tak hentihenti berlumba nak menunjukkan diri masingmasing kat aku. kiranya sape paling besar tu menang ah -.- diorang exist dengan pelbagai saiz. small, medium and large gittew! so whenever aku in bathroom, aku akan buat pengunguman lah for today siapa yang paling besar and dia lah the winner. ok karut. after bath, rutin harian sapulah ubat calamine white-pinkish tu kt the whole body okay! boleh rujuk klinik 1M for ubat ubatan. aku paling benci pergi klinik. bcs i hate medicine!!!!! so selepas dimarahi dan dimarahi terus oleh orang sekeliling, baru aku pegi. tu pun setelah beberapa hari kena cikicikipop kahkah! puncanya? sbb aku taknak ubat demam kejadah yg pilpil and cair jadah tu. NO THANKS. so bila aku pergi ritu dgn RM1 aku hanya dpt sebotol calamine je. wee no pils ngehngeh.

orang selalu ckp in 1week, korang dah boleh recover. gila penipu. i know bergantung padi setiap individu. tapi agak la. benda ni pun naik ambik masa 1minggu tuk tunggu dia stop tumbuh bintik lagi. then selepas tu, seminggu berikutnya pulak masa utk calm down and pecah. then minggu ketiga baru lah kau fully recover.

SCARS? PARUT? tipu la kalau tak ada. tapi alhamdulillah. aku lepas naik sekolah tu member, cikgu suma cakap eh awak macam tak nampak kena cikenpox pon? eheks. rezeki aku kot. sbb biasanya aku tengok membermember yang baru lepas ciken pop muka habis tinggal parut but my face clean. syukur. nak tahu rahsia? HEHEHE. satu je. DONT YOU EVER DARE TO PINCH IT OR TOUCH YOUR FACE EVEN FOR ONCE. (amaran keras) takcaya sudah. because i did and i investigate my myself. e.g orang cakap kalau picit nnt tinggal parut. so i memang tahan sepenuh perasaan tak sentuh. then lamalama my sister la insult. picit je. gahaha. yes i did. tapi tak dekat face bcs sayang muka. i pinch kt blakang body. i hit it one. POP. love the sounds tho. hahaha. sounds kepuasan gitew. lama lama i jadi addicted utk pinch and pinch kahkah. tapi kat muka. mmg tak sentuh.

sepanjang kena cikenpox, selera makan kurang. and i loss weight that much. i recover myself alone, laying down all alone in my room. i didnt lay or sleep on the bed sbb i tak nak serata tempat ada jankitan ni so i choose to baring kat floor je, bentang lah toto lapik etc. dah macam gelandangan pun ada aku dalam bilik tu. tido kt lantai sorangsorang layan diri. makan pun tak. dengan tompoktompok putih kat badan. bintikbintik yang membuatkan kau exactly nampak selekeh tahap takde tahap dah and rasa kesepian haha. aku tak keluar bilik. ubat semua aku sapu sendiri. bila adik bongsu yang sangat close ngan aku tu macam nak ajak talk, main ngan dia pun aku layan dia nak taknak and takde mood. akak mintak maaf. akak taknak gejala bipop ni influence adik. adik kecik lagi. tak sanggup tengok adik terseksa tahan sakit gatalgatal ni. bcs adik aku lagi sorg yg lelaki yg f4 tu pun kena bipop ni aku tengok terseksa sangat. kesian. mak aku memang jaga dia rapi. kesian sangat akak tengok adik akak. tsk tsk. tapi dalam sakitsakit tu jugak dia berkeras nak balik hostel sebab ada exam. tapi my mom kata takleh bcs nanti orang lain terjangkit pulak. gigih betul dia nak jawab exam dengan cikenpop tu.

pasal food. orang cakap jangan makan kicap. nnt parut jadi hitam and kekal abadi. and i did my another kajian too. lol. aku bantai je segala apa yang dipantangkan. aku nak tengok sama ada betul atau tidak apa orang cakap. sbb aku taksuka percaya butabuta, without hesitation dgn apa yg aku dengar. so aku buatlah utk pastikan betul ke bohong. i eat kicap, telur, pedas and everything. tapi okay je dlm tempoh tu. but then this time kajian aku agak mengeciwakan. yep true. bintik jadi warna hitam and ambik masa lama sikit nak hilang. but bukan tak hilang langsung so dont worry. and still sampai sekarang masih ada dan otw slowslow nak hilang. dari bintik hitam dia tukar jadi merah and then baru dia hilang dari radar badan. kalau tak hilang, boleh lah carik inisiatif siked pakai vaseline ke bio oil ke papejela yang ko rase function. nak tahu rahsia lagi? dulu aku ada scar kt betis which i got it because yeah aku kan akak rider. pui. tak. time tu aku nak turun dari moto then terkena motor sebelah punya ekzos. sialan banget. tak sakit pun waktu kena tu macam terkejut je. tapi pedih gak la, then esoklusa dia macam kembong berair besar pulak tu bulatan dia haih. tapi mmber aku ada suruh cuba letak vaseline. aku bubuh tak bubuh je rasa rajin letak sbb tinggal parut besar doh. then lamalama baru sedar cam makin pudar dan nak hilang. haha syukurnya. so you guys boleh cuba, ada parut takyah sesusah kelam carik product memahal. cuba ngn vaseline je dulu. insyaAllah kalau suits you, mungkin membantu. hilang tak hilang belakang cerita. yg penting sapu je taw.

satu je nak cakap. cikenpox ini berjangkit. jadi berhatihati lah ye.

untuk yang tengah alami benda tu waktu baca post aku ni buatbuat lah bertendang. anggap lah ni ujian penghapus dosa ecewah. betul lah. sakit kan penghapus dosa. and kena cikenpox ni takdela teruk mana. sekali kau dah kena kau akan rasa lega sbb yeah sekali seumur hidup dan kau berjaya tempuhinya waw. (background tepukan gemuruh) untuk caloncalon yang bertuah mungkin boleh kena dua kali. tlg, harap aku tak tergolong hahah. tak sanggup dah nak hadap kat cermin muka buruk dgn bipopbipop yang menyayat hati dan perasaan. k terlalu over. bye! any persoalan boleh directly ask okeh.

layout by ellie. image from weheartit.